Assalamualaikum w.b.t
Berkata
Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda
yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka
sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat
al-Bukhari dan Muslim.
Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W
Luangkan
masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena
keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..
Ya
Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga
dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad
s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Yang
dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ ,
jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf
memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari
nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah
s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak
sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran
30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3
tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau
hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk
menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal 2
mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang
beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak
ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih
setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di
bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya
hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya
ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau
berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg.
Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali
sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2
yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai
pendinding daripada gangguan yang berterusan menyakiti diri.
Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada
waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di
merata tempat, berjumpa doktor pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi
beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit,
banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi
Khamis itu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama
tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk
solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air
untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yang mampu
membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur,
rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau
sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai
saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.
Disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau
niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi
kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata
semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian
beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya
dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat-sahabatnya telah pun
‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin
kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor
telefon ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku
dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan
tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring
dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam
solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di
sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba
datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan
dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya
SubhanaLlah…Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau
tertanya-tanya, siapakah orang ini? Cantik sekali kejadiannya dan hati
beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan
seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja.
Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..
”
Subhanallah..Baginda
Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau
di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi,
janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan
tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang
berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian
Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin”
(sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar). Ketika mendengar
suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di
seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan
dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi
diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti,
dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran
yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti
nampak ana..”
Ketika
Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal
ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau
nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg
suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah
pergi.
Beliau
merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi.
Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yg mulia,
Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini? wallahua’lam.
..
Sedar
daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi
oleh rakan-rakan yang turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya
“Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kepada para
sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat
ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi.
Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda
sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih-lebih lagi kita sedar
bahawa hanya syafaat Bagindalah yang dikejar di akhirat kelak.
Ya
Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah
Alhamdulillah untuk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar
yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima
anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang
lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih
tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha
Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Rasa sakit
masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan
menangis lagi untuk kesakitan ini.
Usai
solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau
merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan
seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau
akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau
pujuk diri untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung
ini berbanding nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi
s.a.w..”
Kemudian
beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yang
biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya
Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yang hina ini,
rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah, datang
empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya
mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan
Salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu
Bakar, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..”
Subhanallah..Saidina Abu Bakar memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat
yang mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakar yang amat lembut
perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yang
cantik sekali dan Saidina ‘Ali yang agak kecil orangnya.
Para
Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk membantu
enti..” Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah
Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan
mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,
barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai
membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk
yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..Waktu
itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan
Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang
setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakar
mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai
mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk.
Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan
mudah. Kemudian sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
Alhamdulillah..Dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar
bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. “Ya Allah, kiranya diberi tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat
diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau
berikan..”
Beliau berpesan pada kami;
“Adik-adik,
wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan
Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah
rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk saja dalam
bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia.
Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka
bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak
tenang sangat..Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya
sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi
itu tak mungkin, kan. Mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya
Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi
kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan Al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari
semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah
mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti
sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil
hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai
sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah
suatu ketika Rasulullah berkumpul dalam satu majlis bersama para
sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat
gelosah melihat sesuatu yang tidaknmereka senangi di wajah Rasulullah
s.a.w. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa
terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya
Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab,
“Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum
pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku
sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya
Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang
yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
(kisah
ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah
dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
Sesungguhnya,
ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sebagai ummat nabi
Muhammad S.A.W… Banyakkanlah berselawat dan mendengar zikir.. InsyaAllah
kita semua akan mendapat syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..
dikutip dari sini
Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.
Tags
KESAKSIAN