Imam Abu Nuaim menyebut
dalam kitabnya ‘Dalail An-Nubuwah’ bahawa Ibnu Mas’ud pernah menemani
Rasullullah s.a.w ketika baginda berdakwah kepada sekumpulan jin di Baqiul
Farqod. Silahkan lihat terjemahan hadis
ini di bawah:
Amru b. Ghailan pernah
datang kepada Ibnu Mas’ud dan bertanya; “Benarkah kamu pernah bersama
Rasullullah s.a.w pada malam pengiriman utusan jin?”, “Benar”, jawab Ibnu
Mas’ud. “Tolong ceritakan kepadaku bagaimana keadaan baginda pada saat itu?”
tanya Amr lagi.
“……Rasullullah s.a.w
keluar dan di tangan baginda terdapat tangkai buah kurma, kemudian baginda menghayunkan tangkai itu
pada dadaku, lalu kujawab ‘Masya Allah’. Ini dilakukan sebanyak 3 kali dan aku pun
menjawab ‘Masya Allah’. Lalu akupun mengikuti baginda sehingga kami
sampai di makam yang terkenal dengan nama Baqiul Farqod. Kemudian Rasullullah
s.a.w menggaris dengan tongkatnya dan bersabda;
“Duduklah di sini dan
jangan pergi selama aku belum ke sini lagi”. Seraya baginda terus berjalan dan
aku melihat baginda antara pohon-pohon kurma sehingga dapat kulihat ada semacam
asap hitam yang menutup Rasullullah….Dalam hatiku berkata bahwa asap yang
menutup Rasullullah s.a.w itu ialah jin yang menipu daya baginda untuk mereka
bunuh, kemudian aku bersiap-siap untuk meminta pertolongan orang-orang kampung, tetapi aku ingat akan pesan Rasullullah s.a.w supaya aku tidak
meninggalkan tempat yang digarisi oleh baginda untukku…….(setelah selesai
Rasullullah s.a.w berdakwah kepada jin) Rasullullah s.a.w bersabda, “Wahai
Ibnu Mas’ud, andaikata engkau keluar dari garis yang kubuatkan untukmu itu, aku
tidak bertanggungjawab akan keselamatan dari kejahatan jin….”
(Riwayat Imam Abu
Nuaim)
Hadis Riwayat
Sheikhul Hadis Al-Hafiz Imam At-Thobrani r.h.
Diriwayatkan oleh
Zubair b. Al-Awam mengatakan bahawa, “Rasullullah s.a.w pada suatu hari
melakukan solat subuh berjemaah dan saya termasuk makmumnya. Solat jemaah itu
dilakukan di masjid Nabawi, setelah itu baginda memberi salam, seraya bersabda, “Siapa yang ingin mengikutiku berjumpa dengan
utusan para jin?”.
Para jemaah pada ketika
itu terdiam semua. Lalu baginda
mengulangi pertanyaan yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian baginda membawaku
pergi dengan menggandeng tanganku, dan berjalanlah aku bersama baginda melewati
gunung-ganang Kota Madinah. Setelah itu kami sampai di satu kawasan tanah yang
luas. Tiba-tiba ada sekumpulan orang lelaki yang tinggi-tinggi, mereka
berpakaian putih-putih, sehingga tampak seperti panah.
Setelah aku melihat
mereka, timbullah rasa takut sehingga kedua kakiku gementar. Setelah kami
mendekati mereka, Rasullullah s.a.w membuat garis (pembentengan) SEGI EMPAT dan
memerintahkan aku untuk duduk di situ. Dan setelah aku
duduk, ternyata segala sesuatu yang aku rasakan tadi hilang sama sekali…”
(Riwayat Imam
At-Thobrani)
Berdasarkan hadis di
atas, dapatlah kita lihat dengan jelas bahwa Rasullullah s.a.w membuat kaidah membuat garisan sebagai
pemagar/pembatas atau sutrah.Pengertian sutrah adalah sesuatu yang dijadikan sebagai penghalang, apa pun bentuk/jenisnya seperti contohnya adalah dengan membuat garis. Berkenaan bentuk garisan, sama saja membuat satu garis lurus, atau
garis empat segi ataupun garis bulatan bukanlah menjadi permasalahan.
NAMUN kaidah membuat garis pagaran menurut Ustadz Fadlan dan Ustadz Djunaidi setelah saya meminta pendapat beliau-beliau . Ustadz Fadlan dan Ustadz Djunaidi menjelaskan Tehnik pagaran yang dilakukan Rasulullah dengan membuat garis pada tanah/pasir adalah kekhususan yang hanya diberikan kepada Rasulullah dan kita tidak melihat para sahabat melakukannya maka kita tidak dapat meniru apa yang dilakukan Rasulullah yang melindungi sahabatnya dengan membuat garis pemagar.
NAMUN kaidah membuat garis pagaran menurut Ustadz Fadlan dan Ustadz Djunaidi setelah saya meminta pendapat beliau-beliau . Ustadz Fadlan dan Ustadz Djunaidi menjelaskan Tehnik pagaran yang dilakukan Rasulullah dengan membuat garis pada tanah/pasir adalah kekhususan yang hanya diberikan kepada Rasulullah dan kita tidak melihat para sahabat melakukannya maka kita tidak dapat meniru apa yang dilakukan Rasulullah yang melindungi sahabatnya dengan membuat garis pemagar.
……………Semua dengan idzin dan ridho Allah Ta’ala………………..